Monday, February 14, 2011

Konsert 'Bob Dylan' Iran di KL ditolak

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesahkan bahawa konsert Mohsen Namjoo yang dijadualkan pada Jumaat ini, tidak dibenarkan kerana ia tidak bersesuaian dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum di negara ini.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata permohonan daripada penganjur Jumaat lepas, ditolak hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK Puspal), lapor Bernama.
Penyanyi kelahiran Iran yang digelar 'Bob Dylan' oleh New York Times satu sejak dulu mendapat banyak tentangan daripada rakyat Malaysia kerana dikatakan menghina Islam dalam lagunya

No comments:

Post a Comment