Thursday, February 24, 2011

Malaysia, Turki mansuh visa

 Malaysia dan Turki bersetuju memansuhkan keperluan visa untuk memudahkan rakyat kedua-dua negara membuat lawatan antara satu sama lain.
Perkara itu diumumkan pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas pertemuan di Pejabat Perdana Menteri Turki itu di sini semalam.
"Ini adalah satu keputusan bersejarah dan penting yang pastinya dapat meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara," kata Najib.
Serentak itu, Turkish Airlines akan mewujudkan semula penerbangan terus Istanbul-Kuala Lumpur manakala Malaysia mengkaji untuk menambah kekerapan penerbangan ke Turki yang kini tiga kali seminggu.
Kedua-dua negara juga sepakat untuk menganjurkan Kempen Melawat Malaysia di Turki dan Kempen Melawat Turki di Malaysia. Seramai 8,555 pelancong Turki melawat Malaysia dalam tempoh Januari hingga November 2010.

No comments:

Post a Comment