Monday, February 14, 2011

Langkah Safee bermula



 
BEKAS penyerang Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali berlepas ke Jakarta, Indonesia pagi semalam untuk memulakan kariernya sebagai pemain import kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya.
Menurut Safee, 27, dia sudah bersedia sepenuhnya dari segi fizikal dan mental bagi mengharungi cabaran baru beraksi di liga luar setelah lapan musim beraksi di Liga Malaysia sejak 2003.
Selain cabaran hebat dalam saingan ISL, Safee turut perlu menghadapi cabaran di luar padang iaitu media Indonesia yang seringkali dianggap cukup ekstrem.
“Saya sudah bersedia. Sebab itulah saya memilih Zakaria Ab. Rahim sebagai pengurus peribadi untuk beliau membantu saya dalam menghadapi media di sana (Indonesia).
“Saya juga cuba elakkan keluarga saya menjadi tumpuan.
“Tapi jika mereka tetap ekstrem berhubung perkara itu, saya perlu menyiapkan diri untuk menghadapinya,” kata Safee ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi semalam.
Turut mengiringi pemergian Safee ke Jakarta ialah bapanya, Mohd. Sali Mian, ibunya, Maripah Hussain, isterinya, Sabarina Yusof, dua anaknya, Nur Syaza Syaqina dan Nur Syasya Sofirna serta Zakaria.
Safee yang bakal turun beraksi untuk perlawanan pertama pusingan kedua ISL menentang Persib Bandung pada 7 Mac depan berkata, dia akan berusaha keras bagi mendapat tempat dalam kesebelasan utama Pelita Jaya.
“Pelita Jaya membariskan ramai pemain muda kerana konsep kelab ini lebih kepada pembangunan. Jadi, kehadiran saya ini dianggap sebagai ikon.
“Selain menyasarkan nisbah satu gol setiap perlawanan, saya juga berharap dapat membantu Pelita Jaya memperbaiki kedudukan dalam liga,” jelasnya.
Pelita Jaya kini menghuni tangga tercorot di kalangan 15 pasukan yang beraksi di ISL selepas tamat saingan pusingan pertama.
Safee mengikat kontrak selama setahun sehingga 31 Januari 2012 bersama Pelita Jaya

No comments:

Post a Comment